Walaupon ayah mama bukanlah seorang yg kaya raya dan memiliki banyak duit..tp kasih sayang arwah pada mama n adik beradik tk berbelah bahagi. Esp mama yg merupakan anak bongsu dlm keluaraga. Sgt manja dengan ayah. Ayah mama mempunyai personaliti yg agak tegas, tp sgt mementingkan keluarga dan kawan2. Setiap kali beroleh gaji, paling kurang ayah akan membawa kami ke bandar untuk makan besar. Sesekali ayah akan bawa kami menonton wayang di panggung lama Rex or Cathay. Selain itu, apa yg kami minta, ayah juga akan cuba tunaikan sekiranya die mampu. Paling seronok mengingatkan saat2 kami sekeluarga membeli belah utk hari raya..wlu tak belikan brg yg mahal, ayah akan memastikan kami mendapat baju n kasut raya baru setiap tahun..
Dalam memanjakan anak, ayah tetap menjalankan hukuman sekiranya kami berbuat salah. Selalu juga mama kena sebat ngan hanger dulu sbb bergaduh ngan kakak. Wlu mcm manepon, bile mama merajuk n berkurung diri dlm bilik, ayah akan datang dan memujuk mama semula duduk di depan bersama2nya..masa kecik2 dulu jugak, mama selalu berkongsi tilam ngan ayah. Berapa kali ayah mama jadik ‘mangsa’ dek mama terkencing malam..=p
Umur 13 tahun, mama ditawarkan belajar di sekolah berasrama penuh di Melaka. Setiap minggu, ayah gigih memandu dari batu pahat ke melaka membawa mak utk melawat mama di sekolah. Bukan setakat itu, sekiranye mama menelefon n mengadu kekurangan sesuatu, cth duit dsb, esoknya juga ayah akan smpai ke sekolah utk memberi apa yg diperlukan. Kadang2, ayah juga terpaksa berulang alik ke Kuala Lumpur utk urusan kerja. Dan setiap kali itulah, ayah tak akan lupe singgah ke sekolah mama utk bertanya khabar anak kesayangan
Kehilangan ayah merupakan antara moment paling pahit dalam hidup mama. Masih segar dlm ingatan sehari sebelum ayah ‘pergi’, ayah dan mak ada dtg ke sekolah. Tak ingat apa puncanya, mama merajuk dengan ayah hari itu. Sehinggalah ayah balik, mama masih bermasam muka..hingga ke hari ini, rase terkilan mama ttg kejadian itu tak pernah hilang. Berdosanya mama kerana tk berkesempatan meminta maaf dan memberikan senyuman manis untuk ayah..T_T
Hingga ke saat ini, mama selalu merindukan arwah ayah mama. Segala pengoraban ayah untuk melihat mak n anak2 gembira n berjaya takkan mama lupekan. Wlupon ayah tk smpat melihat kami mengecapi saat2 manis dlm kehidupan, tp kami tahu, ayah sebenarnya ‘melihat’ kami dari jauh. mengunjungi pusara ayah adalah antara saat yg dpt menenangkan jiwa mama buat masa ini..semoga roh ayah tenang di sana dan dicucuri rahmat..amin..
p/s: ada banyak lagi yg rasenye nk mama kongsikan di sini tp seriusly dh tak mampu..setiap kali mengenangkan arwah ayah mesti mama jadik tk kuat..apepon, hope puan penganjur dapat terime entry ini ye..entry ni sgt bermakna buat mama..bukan sekadar niat menyertai contest, tp lebih pada berkongsi kesedihan n kerinduan dengan semua..