Nway, isu kat bwh ni adalah psl pertukaran sistem Ujrah yg baru ditawarkan PTPTN..mama mmg tk smpat lagi nk belek2 psl sistem Ujrah ni so mmg lom tandatangan ape2 perjanjian barulah..lom smpat bukak web PTPTN, dh jumpe info psl hal kat bawah ni dari FB plak..so sesiapa yg lebih arif psl hal ni, dialu2kan bagi pndangan kat mama yek..mane yg lebih baik..kekalkan jek bayaran 3% or tukar pd sistem Ujrah tuh..
**************************************************************************
Salam,
1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.
2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.
3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.
4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.
5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).
6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.
7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.
8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.
9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.
10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.
11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.
12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.
13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.
14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.
15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.
16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.
17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.
18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.
19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.
ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟
WaLlahu a`lam.
Sumber asal:
http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656
Bacaan berkaitan:
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/859-ptptn-baru-berasaskan-ujrah--ulasan-saya.html
*********************************************************************
p/s: Mama adalah peminjam PTPTN utk study Degree di UTM (tahun 2000-2004). jumlah dipinjam rm28,000 mase tuh utk program 4 tahun (banyak kan..huhu)..skang ni tang 'bunga' tu pon tk lepas bayar lagi kot..mklumlah bulan2 pon ikut suka nk bayar berapa..tk tetap..T_T..lame dh tak check baki pinjaman kat web PTPTN tuh..nway, nasib baik mase further study Master dpt biasiswa plak dr UTM..klu tk mau bertmbah hutang piutang..iskkkkk..
19 comments:
aduh....zana pun sama
tak buat pertukaran lagi ke ujrah tu...
tak tahu nak tukar ke tak..
samalah cam lily....byr tiap2 bulan tu tak byk....bunga pun tak lepas..he he he....
tp once kita tukar ker ujrah...everymonth dia akan potong dari gaji kita...ada bagus gark..coz' takde ler kita lupa ke apa nak byr bulan2 kan...berbanding kita bayar sendiri tu
kdg2 kan dikk ptptn nie bukannye nak nolong punn lebih kepada pelaburan dari kita jer .. sbb ada bunge ..
sian kat budak2 ..
tapi hutang tetap hutang , kena langsaikan huhuh cuma x daya ngan bunge tuu ..
hmmm mmg klu nk diikutkan pada asalnya ptptn ni ikt konvensional style..ade unsur riba disitu..tp masa study degree dulu masih naif lagi..xtau isu2 muamalat ni..n also trpksa buat loan..so terjebak la..now bila dh tau cpt2 nk kasi settle..alhamdulillah xde tertunggak n buat potongan gaij..apepn helah dorang kt pn kena tunaikan t/jwb utk lunaskan hutang..
yg xthn bunganya tu menbiak2....
Takut dgr PTPTN.. :)
Btul tu..bunga nye tu yg X tahan..
kalo camni lah gaya nyer.. elok ajer disiplin diri bayar secara tetap.. tiap kali dpt gaji, settlekan yg tu dulu..
drp membayar bunga yg lebih, walhal duit lebih sampai 4-5K tu boleh dibuat belanja lain kan.. yg penting harus la pandai2 mengurus kewangan...
Alhamdulillah....akak dulu pakai pinjaman JPA. Lepas grad tahun 2000 dapat discount, tahun 2004 dah settle hutang.
@zAnNa@mAMaBaTriCE
mmg ok klu potong tiap2 bulan..tp klu bace pendapat kat atas tu mcm PTPTN akan amik untung lebih plak ngan sistem ujrah ni..tu yg rase nk marah..haha
@ieda
yelah kak ieda..mcm mane pon kena langsaikan jugak..dh kite pon pinjam kan..tp tula..bile bayar sndiri mmg tk taulah bile nk abes..byr pon tk tetap..ikut suka nk byr berapa tetiap bulan..=p
@[-suziey-]
mmglah suziey..time tuh sume hingusan lagi..memerlukan duit plak tuh..bile org offer bagi pinjam, kite pon sng hati jek sign agreement. so skang nk tak nak kenalah langsaikan jugak sbb dh pinjam kan..huhu
@NzA
itulah kak nza..bayar tetiap bulan dhlah tak stabil..bunga plak makin byk..tu yg 'liat' nak habis tuh..=(
@LiLy @ MumMyQiStInA
yekla lily.skang pon dh macam2 cara diorang guna nk paksa peminjam bayar balik kan..kite mmg takut bab2 blacklist sume tuh..tu yg gigihkan jugak byr wlupon sikit2 tiap2 bulan..heee
@kakyong
husbnd pon nasihat mcm tuh..die kate mmg nmpak semacam sket sistem ujrah nih..huhu
@YatieJay
bestnya akak dh settle hutang pinjaman belajar nih..tk payah susah payah pikir kan..sy dulu tkde rezeki nk dpt JPA..huuuu
kita tak amik loan study..
kita amik loan PAMA :)
pg td baru jek tgk form loan ptptn hubby ni..
huhuhuhu..lbh byk -ve dr +ve kan..
aku dah lam tahu jebakan isu ptptn ni
haku sanggup ngaji kat university mara jer..
nasiblah..
mahal pun mahal janji tak riba..
mujur dpt loan mara..
alhamdulillah...
sepupu aku..
dah kwin..
dah keje dekat 10 thun
tak abis lagi bayo
giler
pinjam 30 bayo 80..
tu ank makcik sebelah umah yg amik ptptn ngaji kat segi
nanes tumpah airmata darah
@mariaariffbaby.com
Oklah maria dpt loan PAMA..kite dulu mak tk mampu nk sediakan duit byk2 utk belajar..tu yg amik jugak PTPTN..mase tu ingat nk belajar jek..skang bile dh keja br tau susah payar nk bayar balik loan..hehe
@Sidratul Muntaha
Huuu..bestla ayu tk payar bayar pape kan..kite belajar u awam pon seksa nk membayar..klu swasta lagila..mau berhutang lebih rm100k tuh..
lily,akak pun pemimjam ptptn jugak.x bezanya dgn agreement lama.tp akak tgk agreement baru lagi bahaya.kalo x byr dia akan carik sampai lubang cacing.habis lhdn,kwsp semua depa godek utk dptkan latest info kita.akak n hubby decide utk bayar everymth macam biasa ikut kemampuan.kami x mo amik ujrah sbb rasa tertipu.sekian.
Post a Comment