Siapa nak free outdoor photoshoot sila klik sini!!

~STicky mode hingga 15Mac. Entry baru sila scroll bwh k...~

Hehe..pertama sekali, jangan salah sangka yek..mmg mama tgh nak promote satu giveaway baru tapi bukanla mama yg anjurkan..giveaway ini adalah anjuran kawan skolah mama iaitu mizzyN. beliau ni baru berjinak2 ngan dunia photoshoot so amik kesempatan utk promote hasil kerja die melalui giveaway nih..hadiah mmg sgt menarik iaitu sesi outdoor photoshoot secara percuma utk seorang pemenang..cara nk join pon senang sgt2..just tingalkan komen kat entry giveaway beliau --> klik sini

Kat bwh ni mama quote dr entry giveaway kat blog mizzyN (tugas mama cume tolong promote jek..jom ramai2 join k..mama pon join gak sbnrnya..sape yg tknak free photoshoot kan..hehe)


...................................................................................................................

"Walaupun saya baru setahun jagung main camera tapi saya nak offer amek pic for FREE! Caranya untuk korang dapat peluang OUTDOOR PHOTOSHOOT FOR FREE BY MIZZY N ini ialah dengan menyatakan kepada ku GWE PERLU DAPAT PHOTOSHOOT FREE INI KERANA? Jawapan yang sopan dan bergeliga akan dapat menjadikan anda pemenang freebie ini.

UPDATE: 1 ORANG PEMENANG AKAN DAPAT PHOTOSHOOT.

Photoshoot itu nanti :-
1. Bertarikh bulan April 2010, hari Sabtu/Ahad di siang hari. Tarikh spesifik akan dibincangkan dengan pemenangnya yang berwarganegara Malaysia aje. Kalau korang 18 ke bawah kena minta izin mak/abah/penjaga dan bawak mereka sekali ke sesi ini.
2. Lokasinya hanya sekitar kawasan outdoor Lembah Klang, Malaysia di tempat yang xde caj bawak kamera mcm zoo atau kawasan larangan. Contoh selain taman macam tepi jalan pun ok. Tambang dan mobiliti ke tempat yang dijanjikan ditanggung sendiri (Syarat tipikal pertandingan). Aktiviti di darat aje yang tidak melibatkan aksi racing ke, bungee jumping atau yang tahap X-Games gwe tak nak tanggung kalau ada kecelakaan.
3. Pemenang yang nak bergambar kena berpakaian selain warna hitam.
4. Pemenang boleh bawak kawan/keluarga tapi tak lebih empat orang dalam satu sesi.
5. Sesinya dua jam aje.Selalunya photoshoot pengantin secara purata sejam je pun.
6. Bagi saya kebenaran untuk guna pic itu di blog ini dan blog2 lain milik saya.
7. Pemenang akan memenangi salinan gambar 4R kertas Matte sebanyak 8 keping dan juga sekeping DVD gambar unlimited shoot itu.

Jika pada tarikh itu bespren saya free beliau juga akan datang join sekaki sebab dia suka bab2 amek pic dan menyibuk dengan saya. Beliau ialah tokey bersama Gambaqq yang boleh diusha di outtamymind.

Lupa nak letak. Tarikh tutup pertandingan ialah 25 Mac 2010 dan pemenang akan diumumkan pada 1 April 2010.

Ok itu aje buat masa ini. Sila nyatakan komen anda di ruang komen di sini ok. Bye!

Sila, sila jangan malu2."

6 comments:

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Nk join tp jauhlah lokasi photoshoot tue..mcmlah daku blh menang..ekekeke..

Apapon..GOOD LUCK!!!

Naddy said...

thanks lily! aku sangat mengasihi ko lebih daripada biasa ketika ini. muah muah!

.M.A.M.A. .D. said...

slm lily..

sihat ker? hope awak sihat waalfiat bersm keluarga tercinta..

lily, saya nak join gak tp tahulah kan jauhnya lokasi photoshoot tu.. huhu.. So apapun..saya wish GOOD LUCK utk lily!!!

~Rina Mazlan~ said...

Mm boleh ke join.. heheh..

Naddy said...

bleh bleh

@>--ummi zahra--<@ said...

nak lah jugak..memang dah lame teringin nak wat photoshoot sejak zahra dah pandai jalan ni..
lily slalu wat kan photoshoot..rase nyer brape harga slalu utk skali outdoor photoshoot..??

Keluarga kesayanganku..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Elegant Rose - Working In Background
Blog Widget by LinkWithin
Copyright to StoRiEs Of Us
Designed by UMIESUEstudio 2016