"Return to Sandakan"- the history documentary

Pagi ni mama bersahur agak awal sbbnye papa nak bertolak balik ke Kuantan. kol 2.30 am dh bangun n bersahur ala kadar jerk. kol 3am, smentara tgu papa bersiap, mama smpat bukak astro n tertgk satu tajuk menarik kat history channel. "Return to Sandakan" yg memaparkan kisah 'kawad kematian' tahanan tentera australia dr Sandakan ke Ranau pade tahun 1945 kalau tak silap. Sbnrnya, mama tertarik tgk documentary ni sbbnya mama dh jejak kaki ke tapak peringatan peristiwa tu kat Kundasang, bulan july lps (leh refer kat SINI). baru few weeks b4 papa ade tanye tkde ke kisah tu difilemkan, tetibe harini terjumpa plak documetary psl peristiwa tu kat tv. hmm..mmg menyayat hati..

Untuk sesaper yg berminat, mama selitkan ringkasan kisah 'kawad kematian' kat sini k..Kisah tu sgt dikenali ngan Sandakan-Ranau Death Marching.- ni mama taip semula dpd cerita yg dicatatkan pd batu peringatan di War Memorial park Sandakan tuh..

"Semasa Perang Dunia kedua, tawanan perang tentera australia dan british dipenjarakan di Sandakan oleh pihak tentera Jepun. Tawanan perang pertama tiba dari Singapura dan mereka dipaksa membina landasan kapal terbang tntera jepun pada bulan julai 1942 dan mnjelang pertengahan tahun 1943, lebih dari 1800 tawanan perang australia dan 750 orang british menjadi buruh paksa di kem tahanan ini.
.
Keadaan hidup yang payah dan keadaan tempat kerja yang teruk wujud di kem tahanan ini. Tentera Jepun dan pegawai formosa yang sangat kejam terhadap tawanan perang dan bilangan tawanan perang yang mati pon meningkat terus sepanjang tahun 1943 dan 1944. Penduduk tempatan cuba sedaya upaya untuk menolong tawanan perang yang tidak berupaya itu. Kadangkala mereka tidak menghiraukan ancaman bunuh yang dikeluarkan oleh pihak tentera jepun.
.
Menjelang tahun 1945, tentera jepun risau pihak bersekutu akan menyeberang borneo timur. akibatnya, tawanan perang yang masih hidup itu iaitu seramai 1066 orang, telah dipindahkan secara berturut dalam perjalanan maut sejauh 265km ke barat. Seramai 290 orang tawanan perang yg ditinggalkan di Sandakan telah meinggal dunia.
.
Lebih dari 1000 orang tawanan perang meninggal dalam perjalanan maut ini atau di kem tahanan ranau. Sukar dipercayai bahawa enam orang tawanan perang yang kelaparan dan kurus kering itu telah berjaya melepaskan diri untuk mendedahkan tragedi perang yang mereka alami.
.
Dari 2500 tawanan perang di sandakan, mreka ini sahajalah yg dapat pulang ke pangkuan keluarga.."



So, dlm documentary yg mama tgk tadi, dipaparkan 5 dprd 6 tahanan yg terselamat. mama boleh bayangkan betapa siksanye pengalaman yg diorng lalui. sbbnye, wlupon mereka sume dah tua n kejadian tu pon dh berpuluh2 tahun berlalu, tp setiap sorang mampu ingat setiap details kejadian dgn teliti. ade yg bercerita smbil bergenangan air mata, mengingatkan kejadian yg dh meragut nyawa kawan2 baik diorng. Kisah yg dipaparkan ialah kisah bagaimana mereka dipaksa menjadi buruh membina landasan kapal terbang, disiksa, dikurung dan dilayan seumpama binatang oleh tentera Jepun, pengalaman berjalan kaki sejauh 265 meredah hutan belukar ke Ranau tnpa bekalan makanan yg cukup n smpurna, pengalaman menyaksikan kematian rakan2 baik mereka dn paling penting, pengalaman mereka melarikan diri dari pihak tentera jepun itu.

Enam orang yg terselamat ini, mendapat bantuan spenuhnya oleh orang tempatan. org2 tempatan ni pon sbnrya berkorban utk selamatkan diorng sbbnya tentera jepun dh pon mengeluarkan arahan bunuh pada org2 tempatan yg disyaki membantu pelarian. ada juga 2, 3 orang tempatan ni yg masih hidup n ditemubual utk dokumentari ni.

Selain tu, terdapat jugak temubual dengan beberapa org tentera jepun yg terlibat dlm peristiwa tu. diorng turut bercerita n mengaku tlh melakukan pnyiksaan dan pembunuhan kpd tahanan2 perang yg tak mampu utk meneruskan perjalanan maut ke ranau tu. huu..emo gak tgk documentay tu sbnrnya..

Hmm..rasenye itu jek catitan utk kali ni. sori sgt2 kalau kawan2 sume bosan membaca kisah sejarah ni. Tk tau kenapa, mama berminat plak nk ulas kisah ni. mungkin kebetulan dh smpai ke tapak peringatan tu, n kebetulan tertengok plak documentari tu kat tv tadi kan..

Ni saje letak few pics lawatan kitorng ke war memorial park tu..

Nilaa die War Memorial Park di Kundasang
Photobucket
.
Papan peringatan ni bukan shj ditujukan utk tahanan perang, malahan orang2 tempatan yg turut terkorban dlm usaha membantu tahanan2 perang tu
Photobucket
.
Antara tahanan perang yang terkorban
Photobucket

.
.
p/s: mungkin mama jek yg emo lebih kot. sbb bila dh jejak kaki ke kundasang n dgr cerita tu dari mereka2 yg terlibat (wlupon just dgr fr tv), membuatkan mama terbayang2 semula keadaan yg mereka lalui wktu tu. nasib baik kita dilahirkan dlm keadaan malaysia yg aman damai. tk pyh melalui suasana perang spt negara lain..smoga Malaysia tros aman sentosa kan...

10 comments:

shila ariff said...

betul tu lily...semua ni kisah2 yg menyayat hati..ayah shila dulu pun ex-army, dgr kisah kawan2 dia yg hilang kaki kena jerangkap samar (periuk api) masa menentang komunis pun dah rasa sedih n kesian..ni kan pulak didera mcm tu...

p/s: kita plak kawin ngn army ni..dah tentu dapat menyelami perasaan isteri2 mereka yang terlibat ni kan..Doakan negara kita aman damai sentiasa...Amin...

Lily@MamaZaraZareef said...

shila- tulaa psl. bile dgr crite dr org yg alami experience tu sndiri mmg sedih kan..=(

Unknown said...

sesekala bagus juga pengisian macm ni..
kakyong pun abru tahu details ni,,.. lepas baca n3 ni lah..

bersyukur sungguh kita hidup di zaman slps merdeka...

Lily@MamaZaraZareef said...

kak yong- sy pon br tau kisah ni mase ke sabah aritu. citer yg menarik n menyedihkan..

Dilla Ady said...

sedih entri kali ni..bukan stakat lily jek sedih, dilla pun kalu bab2camni mmg emo giler..panas jek hati nih..

dulu dilla penah bace pasal askar jepun ni, diorang tangkap satu keluarga..ayahnye ni awal2 lagi diorng da bunuh..time nk bunuh anak2 diorng, maknye ni meraung2 la tak kasi..skali hentak jek, maknye tak sedar, diorg bunuh anak2 tu..

maknye pulak, lily tau2 jek la diorang watpe pastu baru bunuh..mmg geram giler ngan askar jepun nih..

skang ni hopefully diorang da tak sesadis dulu la n mintak2 malaysia tak terlibat perang2 nih..

aik? Papa Zara balik umah ke weekend ni lily?..hikhik..ade sape2 majuk ke?

Zurani said...

bgs la lily n3 ni. menyemarakkan semangt patriotik. tp dlm byk2 cite pasal tanah air ni yg paling menyayat ati aku cite bukit kepong.sedih:(

Lily@MamaZaraZareef said...

Dilla- hmm..tula psl. tp emo2 pon skang ni berkdidmat utk comp jepun jugak..huu..

haha..tkde adegan2 merajuk pon dilla. papa zara balik last minit. kerja dh setel so die kate bosan plak dok kat kuantan sorang2..=p


Zura- yekla..citer bukit kepong mmg sedih. komunis mmg jahat giler kan..nasib kite dilahirkan dh zaman after merdeka..=(

NzA said...

bagus tu jejak kesan sejarah gitu..kesiankn nasib tahanan tu..xdpt byangkn camne sisna idup mrk...gitu gak dgn pnduduk plastine...sedihkn.

Sha@Mama TinaAzra said...

Bagus gak lily gi sana kan..sekurang-kurangnya kami2 yang tak pernah gi lagi ni tau gak citer2 yang menyayat hati ni..

Tentu diorang yang terlibat payah akan ingat menda ni sampai akhir hayat...

Tu la..wpun skrg ni dah aman tapi sha tetap hormat dan berterima kasih kat army2 dan polis2 sekelian..tanpa mereka susah kita..so berbanggalah jadi wife kpd seorang army ni...

Sha@Mama TinaAzra said...

Bagus gak lily gi sana kan..sekurang-kurangnya kami2 yang tak pernah gi lagi ni tau gak citer2 yang menyayat hati ni..

Tentu diorang yang terlibat payah akan ingat menda ni sampai akhir hayat...

Tu la..wpun skrg ni dah aman tapi sha tetap hormat dan berterima kasih kat army2 dan polis2 sekelian..tanpa mereka susah kita..so berbanggalah jadi wife kpd seorang army ni...

Keluarga kesayanganku..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Elegant Rose - Working In Background
Blog Widget by LinkWithin
Copyright to StoRiEs Of Us
Designed by UMIESUEstudio 2016