Rasenye ramai org dh baca berita pasal gempa bumi kat Bali yg berlaku pagi Jumaat 12/02/10 semalam kan..mama tertinggal bas sket gara2 terlmapu 'rajin' dgr berita n baca suratkhabar..tau dpd mulut kawan2 yg masing2 cakap "nasib baik awk dh balik lily..Bali kena gempa bumi"..mula2 dgr kecut perut gak sbb dh bygkan earthquake besar cm kat haiti..but bile baca berita rupenye gempa meletus dr dalam laut, so gegaran kat darat tak berapa kuat n lasted in few seconds..ape2pon, bersyukur sgt2 mama sefamily dh selamat pergi n balik dr bali tuh..agaknye klu mama lom jejak kaki ke sana, mau was2x jugak nk bercuti ke Bali dlm wktu terdekat nih..
Ni mama copy keratan berita dr Berita Harian online..
JAKARTA: Penduduk dan pelancong di pulau peranginan Bali merasakan goncangan gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter awal pagi ini.
Gempa yang berlaku pada 2.43 pagi waktu tempatan itu turut dirasai sebahagian penduduk di Jawa Timur dan Pulau Lombok yang berhampiran dengan Bali, namun ia tidak mengakibatkan sebarang kerosakan pada bangunan atau kemalangan jiwa.
Berdasarkan data daripada Badan Meteorologi dan Geofisika Indonesia, gempa bumi berkedalaman 10 kilometer itu berpusat di Launtan Hindi pada kedudukan 210 km ke Barat Daya Nusa Dua, Bali atau 212 km ke Barat Daya Kuta, Bali dan ia tidak berpotensi mengakibatkan ancaman tsunami.
Semasa kejadian, kebanyakan penduduk sedang nyenyak tidur.
Ketua Pusat Data dan Perhubungan Awam Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Priyadi Kardono berkata, secara relatif gempa itu adalah kecil.
"Meskipun ia dalam, penduduk hanya merasakan impaknya pada sekitar 2 hingga 3 MMI (Modified Mercalli Intensity) dan ia berlaku hanya beberapa saat," katanya.
Priyadi berkata, sungguhpun gempa itu cukup kuat untuk membangunkan penduduk daripada tidur, ia tidak mengganggu aktiviti harian mereka.
Katanya, badan itu akan terus memantau kejadian berkenaan daripada pelbagai sumber termasuk dari pihak polis tempatan.
Penduduk Bali tidak diberikan sebarang nasihat khusus berikutan kejadian itu kecuali diminta terus berwaspada terhadap gempa bumi tidak diduga. - Bernama
10 comments:
alhamdulillah, lily dh balik ye..kalu xrisau gak tu...
huh...Nasib baik lily dh balik c ni kan..Klu x mmg bahaya...
alhamdulillah lily dah blk sini.. kite baru ingat nak gi..huhu..kene delay lagik laa gini..
huhuhu laa ye ke ader gempa bumi?? ahaha kita langsung plak x tau :P..
a'a sib baik dh blk...kalo x, scary muvie jugak tuh :)
read ur holidays stories, sgt besstt hokehh ;)
alhamdilillah, masa kejadian gempa bumi tu berlaku, mama zara dah balik Malaysia...
walau apapun, kenangan di Bali memang bestkan!
salam lily..
Alhamdulillah, dh selamat sampai..
amacam percutian, beshkan.. :D
a'ah kan lily..sib baik dah selamat bercuti kat sana & balik..kalu tak maunya nak balik time tu gak ...hehehe
huhu..kite baru tahu nie..
heehehe... slamat cek dah balik...
ya allah mummy zara..
nasib baik awak dah balik dari vacation kat BALI
syukur..alhamdulilah!
fuh seram kan..seb baik la dah balik..
Post a Comment