.
Hee..mama telah dilanda penyakit 'gila contest' skang ni. ramai betul mommy2 blogger yg menganjurkan contest best2. pulak tu mostly contest untuk anak below 2yr, so amikla kesempatan ni sempena Zara masih layak menjoinkan diri kan..=p
.
.
Kali ni mama tertarik nak menjoinkan diri dalam Cutest Baby in Walker Contest ni. Contest anjuran ometomei aka Orked sempena ulang tahun kedua puterinya, Nur Aqilah Insyirah. Salam kenal yer pn ometomei...=)
.
.
Spt biasa, review dulu syarat2 contest..
.
• Jadi Follower ometomei dan add ometomei dalam bloglist anda
• Umur si comel mestilah tidak lebih 2 tahun
• Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
• Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel yang berada di dalam walker
• Ceritakan pendapat anda tentang walker tersebut (baik dan buruk)
• Sila nyatakan nama si comel dan umurnya
• Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.
.
.
Inila dia gambar yg dipertaruhkan untuk contest kali ini..
.
Nama: Nur Riza Azzahra bt Riza Shahril
Umur: 18 bulan
..
Hee..gambar ni diambil sewaktu Zara berumur 6 bulan. Walker ni dibeli oleh papa Zara. Dia mmg sangat2 tertarik ngan walker ni sebab ia ade 2 function; as a rocker and also as walker. so mase papa beli umur Zara dalam 5 bulan++. Mula2 tu mama gunakan walker ni as rocker n tempat istirehat Zara sementara mama buat2 kerja rumah mcm mengemas n basuh baju. lagipula, kat walker ni ada 'mini piano' yg boleh kuarkan macam2 bunyi binatang and lagu. sgt menarik n Zara pon suka sgt dgn bunyi2 tu..=). Masuk 6 bulan, Zara dh mula guna walker ni utk merayap ke sana sini. Pada mama, walker ni kalau digunakan sesekali mmg takde salahnye. lagipon dpt mengawal Zara dr mengutip barang2 dr atas lantai sewaktu mama tak perasan kan. Nway, pada usia 7 bulan Zara dh mula belajar berdiri. maka, walker ni pon tak diendahkan lagi oleh die..die lebih suka belajar berdiri dgn berpegang pada dinding n sofa. kiranye, sekejap jekla walker ni berkhidmat utk Zara..independant kan Zara ni..=)
.
Penggunaan walker ni mmg ada pro and contranya. mcm yg mama sebutkan kat atas tadi, kebaikannya kite boleh jadikan walker as tempat istirehat bayi sementara kite membuat kerja2 rumah. Bayi juga boleh mengexplore persekitarannya menggunakan walker ni. selain tu, dapat mengelakkan bayi dari mengutip barang2 yang tidak sepatutnya dr atas lantai sementara mama or papa sdg buat kerja. apepon, harusla dipastikan bayi sudah benar2 kuat dan boleh menyokong belakang badannya sendiri supaya postur tulang belakang tidak terganggu. selain tu, jangan biarkan bayi terlalu lame dalam walker sebab ini boleh membantutkan perkembangannya. mklumlah, pada usia 6 bulan dan ke atas bayi sepatutnya mula belajar untuk merangkak, berdiri sndiri dan seterusnya berjalan. dikhuatiri jika selalu sgt dimasukkan di dalam walker, bayi akan jadi malas untuk belajar bergerak sndiri..=).
.
Apepon, yg penting penggunaan walker mestilah disertai pengawasan dr ibu bapa atau ahli2 keluarga yg lain. jangan pulak terlalu asyik membuat kerja sehingga mengabaikan keselamatan anak di dalam walker. dikhuatri anak akan terjatuh dari seat, atau walker bergerak terlalu laju hingga menyebabkan ia terbalik dan sebagainya..
.
.
Huu..pjg jugak mengarang ayat untuk contest kali ini. apepon, ini hanyala usaha mama mencuba nasib. kalah atau menang, terserahla pada puan penganjur..=)
.
Kepada sesiapa yg berminat, bolehla join sama contest ni yerk. Contest bermula dari 6 Oktober hingga 31 Oktober 2009
.
Okla..sehingga berjumpe lagi dlm contest2 yg akan dtg (haha..meroyan sungguh masuk contest nih..=p)
12 comments:
Alala...comelnya dia cenyum erk..!!!
sengih2 nih..hikhik...
pandai cenyum kan...
GOOD LUCK dear..!!! ;p
Gud luck,zara cayang
lily,nak tanya la.u edit gamba guna ape eyh?all frame tu dpt dr mana?
GUD LUCK ZARA!!!!
TOMEI NYER DIER CENYUM.... :)
Zati- hee..mase umur 6 bulan nila zara plg cheeky sekali. tahap palim bam-bam n suka senyum2 amik gmbar. rindu sgt moment nih..=p
mamaZahra- frame tu amik online jerk norly. kat loonapix.com
mummyQis- hehe..TQ lily. sakan bercontest plak skang nih..=p
good luck zara...pndai lak dia senyum...comey...
rajinnya bercontest aaaa
kakNza- thanx kak nza. ni mmg zaman zara suka tenyum..hihi
diamilikku- hehe..saje mengisi masa lapang ni kak su..=p
ala cute nyer senyum zara..gud luck zara..
ummi pun nak masuk kan zahra lah dalam contest ni..
Betul la..contest sedang mengganas ni..hehehe..
Good luck ye Zara. Comei zara senyum. Cantik walker dia..
Ada ati gak la nak masukkan Tina..hehehe...
Ummi Zahra n mama Qistina- jom beramai2 memeriahkan contest!! hihihihi..
hai zara comei..tq join contest kiter..
tul mama zara..orked pn gila nk join contest gak..
Post a Comment