.
Alkisahnya, bulan Nov nanti mama dh plan dh ajak satu family mama beristirehat hujung minggu kat mersing. Mase tu kakak mama kat Sabah tu cuti balik kampung, so teringinla nk kuar jalan2 beramai2 kan. kitorng ni mmg tk pernah lagi dpt peluang bercuti satu family besar. Tp disebabkan mase n cuti yg terhad, maka terpakse pilih tpt2 berdekatan jek..so akhirnye, mersingla jadik pilihan.
.
Lepas berbincang ngan abang sulung mama, die cadang utk cari resort kat kawasan pantai penyabong mersing. pantai penyabong ni lebih cantik klu nak dibandingkan dgn pantai air papan yg ala2 femes tuh.. tp spt biasa, abg mama mintak carikan resort yg sederhana bajetnya , tp dgn syarat nak tepi laut + ade swimming pool. yekla, bwk budak2 ramai kan..lebih sesuai mandi pool berbanding mandi laut..lagipon tkt ujung taun ombak besar ke ape..=p
.
Stlh survey few tpt (sgt susah nk survey resort sec online sbb kat mersing byk chalet kecik yg tkde website kan)..mama terjumpa la satu resort ni..Endau Beach Resort, betul2 kat kawasan pantai penyabong. tgk dalam gambar mmg okla..rate pon sgt berpatutan..Bilik seaview, dalam ade 1 queen + 1 single bed, ade air-cond, freezer n tv lagi tk smpai pon rm150. then resort pon ade swimming pool, so mcm sesuaila dgn ciri2 yg abg mama nak tu kan..so mama n abg sulung mama mcm dh konpem nk booking sana, tinggal lagi tgu persetujuan dr kakak n abg ipar mama..
mak mama plak takde masalah, ikut jerk keputusan kitorang adik beradik..
..
Nway, sementara tgu diorng confirmkan setuju or tak, mama pon survey2 lagi psl endau beach resort ni. nak carila ecperience2 org yg pernah dtg sini. ramai yg kate tpt ni ok, cukup facilities utk sebuah budget resort..tp dalam banyak2 yg mama baca tu, mama tertarik pada 2 petikan ni..
.
Yang ni mama dapat dr sebuah blog..
.
Petikan 1:
.
Kesimpulannya, tercapai la jugak hasrat kami untuk mandi laut di sini. Secara overall, aku telah kasi rating untuk percutian kami kali ini:
Hotel : 6/10 Bilik cukup selesa & sangat bersih, cuma dalam selimut aku ada tulang ikan (??) dan bilik air kurang memuaskan walaupun bersih
Aktiviti: 5/10 Mandi laut, jalan-jalan di jeti & pulau
Makanan: 4/10 Ada tiga warung makan beroperasi pada siang hari dan jual lauk-pauk tengahari tapi tak banyak pilihan. Waktu malam pulak, tempat makan terdekat ialah Mama Bedah yang servis nya agak memberi stress kepada aku.
Harga: 7/10 berpatutan
.
Yang ni pulak satu laagi review yg mama jumpe dr VirtualTour website
.
Petikan 2:
.
My porch (picture on the right) at the Endau Beach Resort had a ghost. One of my friends is sensitive to such things. When she came to knock on the door of my room, she felt something brush her hair and screamed. When we ran outside, we saw nothing until we looked up. Someone had put a fish skeleton on the ceiling of the porch (picture on the left). We did not know what it meant but something was different there. Was the skeleton to keep the ghost away?
.
.
or..adekah kisah tulang ikan ni sbnrnya tk membawa ape2 makna pon. mama ke yg risau terlebih. mama bukan ape, bile dh bace mcm ni, tktla plak resort tu mmg 'keras' ke kan..dhla kitorng nak bwk ramai budak kecik nih..tp mmg pelik sbnrnya..sbb resort yg nmpak menarik, cukup facilities, tp letak rate sgt2 murah..??hmm..musykil2x..
.
So pade kawan2 mama yg bace, apela kirenye korang memberi pendapat pada mama. ok ker nk teruskan booking resort tu..atau carik jerk tpt lain ek..huhu..