Check-up 20++ weeks- Part yang sedih plak...=(

Oklah..kesinambungan dari entry sebelum ini..

Mcm yg mama stori mori, alhamdulillah baby sume dlm keadaan yg baik..TAPIIIIIII..ade satuuuuu jek masalah time mama check-up aritu which is...

*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*



*


BP mama mencanak naikkkkkk!!!!!!huhuhu


Benda yg mama takut2 kan terjadi jua..rase dh few times mama mention dlm entry2 sblum ni yg sejak 2 menjak ni mama cm bizi + penat sket ngan kerja..n mama risau sgt tkt darah naik..rupe2nye, mmg betul apa yg mama rase tuh..time check-up jumaat lepas BP mama dh naik 135/90..agak tinggi lah utk org preknen kan..nway, dokter takde bagi lagi ubat utk kawal darah tinggi ke apa sbb baru sekali detect kan..cume..dlm tempoh sebulan ni mama kena cek tekanan darah kat klinik 2 kali seminggu untuk monitor dulu..klu after sebulan results ttp tinggi, baru dokter akan buat keputusan either start medication utk mama or tak. jenuh gak nak ulang alik klinik kan..tp demi kebaikan mama, terpaksalah mama ikutkan...Ari Isnin aritu mama dh buat check-up yg pertama..still BP tinggi jadik 140/90 pulak..=(

Act, mama agak risau ngan keadaan mama kali nih..yekla, wktu preknenkan Zara at least masuk 36++ weeks baru tekanan darah naik..ni mama baru masuk 20++ weeks..agak tinggi risiko bagi mama n baby klu tekanan darah mama tros mencanak naik..pasni kena start kawal emosi + pemakanan jgaklah..harap2 ade kesan utk turunkan balik tekanan darah tuh..

Kat bawah ni sedikit info psl bahaya or komplikasi tekanan darah tinggi pada wanita hamil..byk lagi artikel mama bace td tp tak dan nak paste sume..rase nak menangis pon ade bile bace sume artikel tuh..harap tekanan darah tinggi mama ni tk mealratlah kan..mama taknak apa2 jadi pd bby mama nih..huuu


Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
.
PENYAKIT darah tinggi berpotensi terjadi kepada setiap wanita hamil dengan peratusan antara 10 hingga 15 peratus, di mana ia boleh dikategorikan sebagai agak tinggi.
.
Keadaan ini berlaku pada wanita tidak kira sama ada di negara sedang membangun mahupun negara yang maju daripada aspek perubatannya.
.
Pakar Obstetrik dan Ginekologi dari Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. S. Silvam berkata, tekanan darah tinggi di kalangan wanita hamil biasanya berlaku ketika kandungan berusia 20 minggu ke atas.
.
Tetapi, sekiranya ia berlaku lebih awal dari tempoh itu, pemeriksaan terhadap pesakit perlu dilakukan untuk melihat sama ada terdapat penyakit lain yang berkaitan buah pinggang atau sejarah perubatan keluarga yang sememangnya ada menghidap darah tinggi.
.
Menurutnya, darah tinggi terjadi kepada ibu mengandung kerana perubahan yang berlaku pada proses perkembangan uri.
.
"Perkembangan uri sangat penting semasa proses kehamilan berlangsung. Di dalam uri terdapat banyak saluran darah. Tekanan darah berlaku apabila salur darah dalam uri (spiral arteri) tidak berkembang seperti sepatutnya (mengecut) dan menyebabkan darah tidak mengalir dengan sempurna, " jelasnya ketika ditemui di kliniknya, di Kelana Jaya, Selangor, baru-baru ini.
.
Menurut beliau, tekanan darah yang normal untuk orang yang tidak mengandung ialah 140 ke 90, tetapi bagi ibu mengandung tekanan yang normal ialah 110 ke 70.
.
Kalau lebih daripada 110 ia dikategorikan sebagai tekanan darah tinggi, bagaimanapun peratusan kenaikan daripada tahap normal hingga ke tahap tekanan itu akan dianalisis oleh doktor.
.
"Sebab itu penting bagi seorang wanita hamil untuk mendapatkan rawatan kerap daripada doktor mereka," jelas Dr. Silvam yang juga berkepakaran dalam bidang ginekologi onkologi.
.
Antara komplikasi yang terpaksa dihadapi oleh wanita hamil ialah mengeluarkan bayi mereka sebelum waktu matang.
Seperti yang diketahui jarang jangka hayat bayi dapat diteruskan sekiranya kandungan baru berusia 20 minggu.
.
Dalam kes wanita hamil yang menghidap darah tinggi, kita perlu sentiasa berkompromi antara kesihatan ibu dan nyawa bayi.
.
"Setiap bayi yang lahir pramatang akan menghadapi banyak masalah. Katakan bayi terpaksa dilahirkan pada 28 minggu, ia masih ada masalah sebab dia perlukan pengudaraan yang sempurna, perlu dimasukkan ke wad neo natal, penjagaan rapi dengan kos yang amat tinggi.
.
Risiko lain, bayi juga boleh meninggal dunia kalau dikeluarkan terlalu awal," jelas beliau lagi.
.
Sekiranya tekanan darah tinggi boleh dikawal, maka doktor akan menasihatkan ibu berkenaan supaya meneruskan kandungan dengan pengawasan rapi.
.
Menurut Dr. Silvam, kawalan dibuat sendiri (tanpa ubat) atau doktor akan mulakan ubat, iaitu pengambilan ubat darah tinggi.
.
Ibu hamil yang menghidap darah tinggi tidak perlu memilih makanan mereka kerana darah tinggi ini lain daripada darah tinggi yang biasanya dihidapi oleh orang yang tidak mengandung.
.
Pendek kata ia tidak ada kena mengena dengan darah tinggi yang disebabkan oleh makanan seperti pengambilan garam berlebihan.
.
"Wanita hamil mengalami darah tinggi adalah disebabkan kehamilannya, uri dan bayi itu sendiri. Jadi sebaik sahaja bayi dilahirkan darah tinggi pada ibu mengandung itu akan turun, " ujar beliau.
.
Peratusan untuk penyakit darah tinggi pada wanita hamil akan hilang selepas bersalin ialah sebanyak hampir 100 peratus, kecuali ada faktor-faktor lain seperti usia si ibu yang sudah mencecah 40 tahun.
.
Terdapat kes di mana selepas bersalin tekanan darah tinggi tersebut tidak hilang, sebab mungkin secara semula jadinya darah tinggi itu sudah memang ada dalam dirinya kerana faktor umur atau juga faktor-faktor lain dan bukan sebab mengandung.
.
"Ini semua mesti diperiksa secara mendalam, doktor tidak boleh buat sebarang kesimpulan. Sebagai contoh, seorang wanita muda berusia 20 tahun yang mengandung dan dikesan mempunyai darah tinggi. Kita, menjangkakan darah tinggi akan turun selepas bersalin jika dia tidak ada sebarang masalah lain seperti buah pinggang atau sebagainya," hurai beliau.
.
Ketika ditanya tentang kaedah bersalin paling selamat untuk wanita yang menghidap darah tinggi, Dr. Silvam menjelaskan ia bergantung kepada faktor kematangan bayi dalam kandungan (selama mana kandungan tersebut).
.
"Seboleh-bolehnya kita akan bagi ibu bersalin bila cukup tempoh, sebab kurang risiko untuk bayi. Bukan saja takut bayi meninggal awal, tapi juga masalah komplikasi lain.
.
Namun, jika tahap darah tinggi ibu itu terlalu tinggi, mungkin doktor akan menyarankan bersalin awal dengan cara pembedahan Ceasarean kerana apabila darah terlalu tinggi, bahayanya adalah pada ibu.
.
Ibu boleh mendapat sawan, kadang-kadang boleh terjadi pendarahan di otak dan seterusnya terjadi strok," jelas beliau.
Dr. Silvam berkata, walaupun strok selalu dialami oleh orang tua, kesan akhir bagi penghidap darah tinggi yang serius adalah sama, tidak kira bagi penghidap darah tinggi biasa mahupun ibu hamil yang menghidap darah tinggi.
.
"Walaupun punca darah tinggi semasa mengandung berlainan daripada kes darah tinggi biasa, namun perlu diingatkan kesan akhirnya tetap sama. Apabila salur darah pecah, serangan strok terjadi dan komplikasinya sama saja, jadi sebab itu kita kena mengawal darah tinggi ini untuk ibu melalui pengambilan ubat, " kata Dr. Silvam.
.
Semasa tekanan darah terlalu tinggi, doktor akan melihat dua keadaan. Pertama, sama ada tekanan darah tinggi disertai dengan kencing kotor (protein dalam air kencing tinggi), di mana wanita tersebut mungkin akan mengalami 慹minent eclampsia (hampir-hampir mengalami sawan).
.
Dalam keadaan ini, doktor akan menyarankan wanita tersebut dimasukkan ke wad untuk pemerhatian.
.
Jika keadaan membahayakan nyawa ibu, maka dia akan dipaksa bersalin dan jika tempoh kandungan baru 20 minggu kemungkinan besar bayi tidak akan selamat. Bagaimanapun, jika kandungan sudah berusia 28 minggu atau lebih bayi boleh dirawat secara intensif.
.
Kedua, jika ibu mengalami darah tinggi, tapi tiada kencing kotor, doktor akan memberi pemerhatian rapi dengan pemeriksaan doktor setiap minggu. Apabila doktor membuat analisis, darah tingginya boleh dikawal dan kencingnya tidak kotor, maka kandungannya boleh diteruskan hingga cukup matang iaitu minggu 32 hingga 34.
.
Dalam keadaan ibu hamil dengan tekanan darah tinggi ini mesti selalu kompromi, iaitu antara kesihatan ibu dan kematangan bayi.
.
"Paling diutamakan ialah nyawa ibu, sebab selain strok terdapat juga kes di mana ibu boleh meninggal dunia kerana uri pecah (placenta rupture), berdarah akibat tekanan yang terlalu tinggi," ujar beliau.
.
Susah untuk mengelakkan seorang ibu hamil daripada terkena darah tinggi, ia sebenarnya bergantung kepada faktor-x yang ada pada ibu dan ayah,
.
masalah darah tinggi ini berlaku bukan saja di negara-negara membangun, ia juga masalah penting yang berlaku di negara yang sudah membangun, sebab tiada siapa yang tahu puncanya.
.
Bagaimanapun, ibu yang mempunyai darah tinggi adalah dinasihatkan supaya bersalin di hospital dan pastikan ada doktor pakar yang akan membuat rawatan susulan dan rawatan sokongan.
.

.
.
.
p/s: Agak menyeramkan bile baca artikel kat atas tu kan..huhu..kawan2, doakan keadaan mama ok yek..harap mama dpt turunkan balik tekanan darah mama nih..demi keselamatan mama n jugak baby dlm kandungan..(*_*)

16 comments:

Lady Qay said...

salam...kn la jaga mkn sama ni....hihi
elakkan mknn yang masin2, processed food, fast fd esp. msk takmo tmbh ajinomoto, junk fd atau mcm kerepek kerepok pun kena elakkan...bnyakkan sayur dan buah n pastikan mnum air ckup..kn jg mkn btul2...sb bahaya juga BP tgi ni....gud luck!

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

emm..lily, jangan terlalu stress pasal bp tu, takut makin naik lagi..inSyallah, semoga semuanya selamat nanti

Yan said...

betul... jga makan...
ms peknen penah gak sangkut BP.. tp pastu dia tanye nak dtg klinik ke nak wat sendiri.. cakap nak wat sendiri jek.. tp tak watpun.. sbb tau ms p checkup aritu penat tu yg BP nek..

ms checkup.. klu bleh duduk bertenang.. tarik nafas elok2.. pg tu jgn kelam kabut sangat..

tp dulu akak tak teruk manela.. sekali tu jekla naik..

Sidratul Muntaha said...

insyaa Allah lily
janji byk berehat
ayu pun sama jugak
asal pregnant ejr BP mmg mesti 140/90
takpun 150/90
huuuuuu
nak buek mcmna.
mmg smpai ke sudah doc tak medication tpi itulah last2 c sect jugak.
apepun,doa byk2 n byk berehat.
keje,keje jugak tpi emosi masih kena jaga dan kesihatan jugak.

shila ariff said...

mmm..mmg rasa bimbang gak le bila baca risiko darah tinggi ni..dia punya akibat tu sama mcm org yang mmg ada hypertension..lily kena jaga emosi..kalo blh jgn terlalu memikirkan sgt..stress tu yg kekadang blh jadi punca hypertension..kalo stress, duduk diam2 n tarik nafas panjg2..bagi lega skit fikiran tu...

ita cutevirus said...

lily,
apa kate lily cuti panjang... kalo lily rasa darah lily naik sebab tekanan kerja, consult la dengan bos... bincang elok²..
cakap le ngan bos...
kalo bos tak kasi cuti panjang, mintak bos kurangkan kerja... ala, takkan bos tak faham kot...
aduhai... risaunyer... lagi satu, jgn amalkan fast food... sebabnyer itu jugak salah satu sebab bp naik..

Sue said...

ni yg paling dok risau. sbb masa peknen damia ngan khalish, BP naik jugak tp at the very last minit la. Means masa tu da 39week. sehari atau 2hari sblm duedate. Maybe sbb laluan nk buka, terus bp naik. tp takut juga kalau berulang lg.

lily tak yah pikir sgt. jaga makan mcm other blogger suggest tu. jgn dok risau sgt ye. apa kata gi babymoon... :)

Lily@MamaZaraZareef said...

Lady Qay- thanks for the advise ek..insyaAllah, akan ubah cara pemakanan pas ni..risau BP makin naik..huhu

UmmiAisyah- mekasih..kite pon harap mcm tu jugak..risau jugak bile dipikir2 kan..=(

Kak Yan- nak cek sndiri takde alatnye kat umah..nk tak nak kena gi klinik gaklah..hmmm..

Lily@MamaZaraZareef said...

Ayu- ayu dpd awal dah detect high BP ek..dl time zara ujung2 baru kena..ni br pertengahan preknen dh kena dag..risau2x..

Shila- kkdg rasa nk tenang..tp bile pikir macam2, dh jadik stress balik..sadis kan..huhu

Ita- psl cuti, mmg tk boleh rasenye..sbb mmg tk cukup org nk buat kerja kat opis..tu yg sedih tu..pasal fastfood, mmg dh buat azam baru..NO fastfood smpai bersalin!! harap2 berjaya lah menahan napsu makan tu kan..

Sue- mmg plan nk gi bbymoon n restkan minda..tp waktu skang schedule sgt thight..byk sgt kerja kena kejar..insyaAllah, after settle sume rase nak rest pjg..huhu

Norly a.k.a MamaLeana said...

lily, jgn pikirkn sgt pasal BP naik tu.kang tak pasal2, makin naik plak kan..
so, kenalah jaga diri, pemakanan, dan doa BP tu takkan mudaratkn bb dlm tummy...
bykkn rehat gak, apa kata gi jln2 mkn angin bg hilang stress tu...

Dilla Ady said...

rasenye kena elak makan masin2 kot lily...

pastu kurangkan fikir pasal keje yg menimbun2 tu..

kena jugak la sbb sian kt baby pulak nnti kan..

dilla doakan yg terbaik tuk lily..jgn risau2 n susah hati ye...

ninieZUERYANNIE said...

lily, take care.. ko jgn la stress2 sgt.. ingati aku selalu, kompom ok.. hahak.. sempat lagiii..

dokterFaryn said...

tenang lily.
kalau previous prenancy ada HPT. memang ada risk untuk dapat untuk current pregnancy.
hopefully ko n baby sihat selalu :)

Ummi Eisya&Amani said...

kena banyak rehat la lily..mybe penat ngan keje then balik umah ngan layan zara lagi..take rest k..jgn tension2 sgt..hopefully semuanya ok..yang penting doa banyak2 ye..

mama_umar_maryam said...

lily,trylah g manje2kan diri..spa utk org preggie ke..bat manicure ke,give urself 'me time' sket ;)

Unknown said...

ni kena banyak bertenang.. jalan pun usah laju2.. & jaga makan lah spt nasihat yg lelain...

Insya Allah, kakyong doakan semoga dipermudahkan sepajng kehamilan...

Keluarga kesayanganku..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Elegant Rose - Working In Background
Blog Widget by LinkWithin
Copyright to StoRiEs Of Us
Designed by UMIESUEstudio 2016