Isu kehamilan: Protein dalam air kencing


Semasa temu janji antenatal anda, doktor mungkin menggunakan kayu celup untuk mengesan protein dalam sampel air kencing anda. Kehadiran protein dalam air kencing (proteinuria) memberi maklumat tentang bagaimana buah pinggang anda berfungsi. 

Kandungan protein yang rendah agak biasa, dan ini mungkin bermakna buah pinggang anda sedang bekerja lebih keras daripada sebelum anda hamil. Badan anda ketika itu mungkin sedang melawan jangkitan kecil, dan doktor mungkin akan menghantar sampel air kencing anda untuk dianalisa demi mengenal pasti samada anda mengalami jangkitan pundi kencing (urinary tract infection - UTI) dan jenis apa. Anda mungkin perlu mengambil antibiotik untuk menghilangkan jangkitan tersebut. 

Semasa temu janji seterusnya, doktor akan memeriksa samada masih terdapat protein ataupun tidak, dan samada jumlahnya telah meningkat. Peningkatan proteinuria mungkin merupakan tanda bahawa anda sedang mengalami praeklampsia(pre-eclampsia), iaitu sejenis komplikasi dalam kehamilan yang boleh menjejaskan anda dan bayi. 

Sekiranya ini berlaku, doktor akan cuba mengenal pasti tanda-tanda lain seperti peningkatan tekanan darah, proteinuria yang semakin teruk dan sekiranya tangan, kaki dan muka anda tiba-tiba membengkak, yang mana kesemua ini menunjukkan anda mengalami praeklampsia. Kadang-kala, hanya satu sahaja simptom yang ada. Jika sampel air kencing anda mengandungi tahap protein yang tinggi, doktor mungkin akan mengambil sampel darah untuk memeriksa buah pinggang anda. 

Anda juga boleh mengenal pasti sendiri simptom-simptom praeklampsia yang lain seperti:
  • sakit kepala;
  • masalah penglihatan seperti kabur atau terdapat kilauan cahaya di hadapan mata;
  • sakit yang teruk pada bahagian bawah rusuk;
  • muntah.

Simptom-simptom ini boleh datang secara tiba-tiba. Jangan teragak-agak untuk menghubungi doktor sekiranya anda melihat sebarang simptom tersebut dalam separuh masa kedua kehamilan atau dalam beberapa minggu pertama selepas bersalin.

http://www.babycenter.com.my/a25006141/apakah-maksudnya-jika-terdapat-protein-dalam-air-kencing-saya#ixzz2nnIFKTFf




************************************************************************


Hmmm..kerisauan berganda ttg kehamilan yang ketiga nih (baru jek sebut2 kat entry lepas kan)..actually semalam check-up pregnancy timbul lagi satu komplikasi yang baru. pertama kali sejak mengandung yg pertama air kencing mama dikesan mengandungi protein ni..not a good sign since mama mmg ada tekanan darah tinggi. dulu time preknen zareef mama pernah publish satu post berkaitan 'pre-eclampsia'..tiga sekawan yg membawa pada pre-eclamsia ni tak silap mama ialah darah tinggi-protein dlm air kencing-bengkak kaki. alhamdulillah, waktu zareef all ok kecuali darah tinggi. tapi kali ni simptom baru dah keluar plak...tp semalam lupe plak tanye dokter tinggi mana tahap protein mama tuh..dokter just schedulekan appointment mama dengan dokter pakar di Hospital PRKMUIP bulan depan utk scan baby lebih detail..maybe utk pengesahan kandungan mama sume ok..

Apepon, seboleh2nye cuba control diri agar tak terlmpau berfikir n susah hati pasal nih..semoga takde lagi komplikasi yg lebih teruk muncul..hukhuk..baru mengandung nombor tiga dah macam2 isu kan..T_T


Gambar sekadar hiasan..latest pic of Mama, Zara n Zareef..moga2 adik ZaraZareef dlm ni pon sihat hendaknye mcm kakak n abang ye..

 

5 comments:

Sherwieyna Muzzawer said...

jangan risau doa banyak-banyak ye insyaALLAH BABY ketiga sama macam abang n kakak dia sihat sempurna.

Sidratul Muntaha said...

take care dear...

Syima ~Mama Kyra~ said...

mcm2 pyakit dtg masa preggy kan..tu la sbb syurga di bwh tapak kaki ibu..sbb 9bln ibu tu hadapi semua dugaan shhga dia lahirkn zuriat...btw take care :)

~MommyAqilMedina~ said...

Adui..risau jugak kan kak..apepun akak kena stay positif n usaha yang terbaik untuk kurangkan maan yang patut..insyaALLAh semuanya selamat..Amin!

Azah Farahin Abdullah said...

Menariknya cerita sis :)

Keluarga kesayanganku..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Elegant Rose - Working In Background
Blog Widget by LinkWithin
Copyright to StoRiEs Of Us
Designed by UMIESUEstudio 2016