2018 yang penuh dugaan

Assalamualaikum blog mama..

Subhanallah..lamanya blog ni terabai kali ni..bukannya tak ingat..bukan juga tak rindu..tapi kekangan masa dan tenaga nak menghadap..few month lepas memang sibuk tak ingat..dalam seminggu, berapa kali jekla balik on time yang lain2 hari memang balik lambat jekla..bila balik badan otak sume dah penat..masuk dapur pon papa yang lagi kerap berbnding bini sorang ni kot..huhu..

Anyway, 2018 dimulakan dengan berita2 yang mencabar jiwa mama..papa tiba2 diarahkan posting ke Kuala Lumpur..sepatutnye awal Feb dah mula bekerja kat sana..tapi dapat ditangguhkan ke awal Mac atas sebab mama sedang mengandung dan menunggu hari kan..ikut hati, mama pon serta merta nak berhenti kerja tau..huhu..dah 5 tahun duduk sekali dengan papa, bukan senang mama nak readykan diri semula untuk menjadi isteri PJJ..tapi tuhla..tak semudah tu jek nk pindah kali ni sebabnya anak2 dah sekolah kan..baru jek mula sesi sekolah 2018 pulak tu..jadinya, untuk sementara memang terpaksalah kami duduk berjauhan dulu..nangis dalam hati..dahla keja papa kali ni banyak kena outstation..moga Allah permudahkan urusan mama bila papa dah jauh nnti..huhu

2018 juga, kesihatan mama turun naik sehingga akhirnya dipaksa bersalin awal..yee..alhamudlillah, mama dah pon selamat bersalinkan anak ke-4 kami pada 31 Jan lepas..detail pasal kisah bersalin yang tak dijangka tu nanti mama buat entry lain ye..tapi tuhla..mama ni fizikal npk sihat sebelumnya, tapi tak sangka darah makin lama makin mencanak naik..akhirnya, bersalin tiba2 sampai semua kerja kat opis tu terpaksa ditinggalkan serta merta..tapi hikmah bersalin awal ni at least papa dapat jaga mama dalam pantang lebih lama..nnti masa papa start keja KL, mama at least dah 30 hari ++ berpantang..mungkin dah agak sihat untuk uruskan anak2anda berempat tu sendiri kan..huhu


Hmm..kalau sempat sepanjang maternity leave ni mama try update citer2 tertunggak ye..yg penting, mmg tak puas lagi rasa membuyungkan diri..tiba2 dah ada baby…hihi..


Kenangan masa preggy..sempat merasa perut besar smpai 35weeks ++ jelah pastu baby lahir premature..


Presenting the 4th baby..=)


sama tak dengan muka masa scan 4d..hihi 



p/s: mencabar n banyak sgt dugaan melahirkan anak ke-4 ni..harap2 bertabah la mama nak menaip entry nnti..sbb setakat harini masih fobia lagi rasanya..kekeke

1 comment:

Susan said...

Great article with excellent idea!Thank you for such a valuable article. I really appreciate for this great information..This is the best Instagram online web viewer on the Internet. Discovering top trending photo and video on Pikdo right now!

Keluarga kesayanganku..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Elegant Rose - Working In Background
Blog Widget by LinkWithin
Copyright to StoRiEs Of Us
Designed by UMIESUEstudio 2016