Entry 2024


Assalamualaikum blog mama yang dah hampir berhabuk ditinggalkan 😅
Dekat setahun tak menulis kat sini..
So harini terasa nk short update tttg ahli keluarga yg masih bertujuh ni..hihi


Firstly perihal anak sulong mama si kakak Zara..tahun ni dah sweet 16. Masih belum masuk asrama lg..utk form 4, dpt kelas prinsip akaun as elektif, sekali dengan subjek ekonomi dan seni. Mak ayah amik sains, anak ke aliran seni nampaknya. Semoga berjaya utk spm tahun depan aminnn..gbr latest sume mama letak gbr time bday la senang kn. Thn ni akhirnya bday waktu raya so dptla celebrate di siang hari. Short  piknik tepi tasik Y kat batu pahat @ 11 April 2024


Anak kedua aka abg zareef tahun ni 13 tahun. Pon tk dpt sekolah asrama. Sekolah dia dekat dengan base je, tak sama dengan school kakak. Senang sikit dia leh gi sekolah naik basikal mama tk payah antar amik menghadap jem..hihi..gbr time bitrthday dia bulan feb lepas. Setakat form 1 ni mcm keciciran sikit dia . Study tk npk, aktif sukan x npk..hahahah..yg npk aktif main bola ngn kawan setiap hujung mgu je. Pagi pas subuh mesti lesap kadang smpai ke ptg..



Anak ketiga aka anak yang paling tengah si abang zayed dah masuk darjah 4. Ni pon sama dia mcm lost sket masuk tahap dua..hahahah. Maklumlah, subjek makin byk..matematik makin susah..dh byk latihan sukan kena attend. Persatuan dan unit beruniform pon dh mula. Masalah nya makin kuat maih game. Rasa dh selalu bebel tp mcm tak serik. Target nk dia khatam al-quran tahun ni harap smpatla dia habiskan nanti. Oh dh selamat berkhatan jugak cuti sekolah thn lepas. Alhamdulillah 🤭

 
Anak keempat aka Zaheen sekarang 6 tahun. Masih bersekolah yg sama dengan tahun lepas. Sekolah tadika bawah masjid tudm. Skang tgh mengaji iqra lagi dengan mama baru nak dekat habis iqra 5. Membaca bm pon mama ajar sendiri dh nak habis buku bacaan tu. English je belum start bebetul kat rumah. Next target InsyaAllah. Baru selesai gak uruskan pendaftaran drjah 1 dia. Wat masa ni daftar sek keb je, sek kafa mcm nk start darjah 2 nnti😅. Lately rasa saiz dia dah makin membesar dh. Jauh beza ngn dlm gbr atas ni masa bday dia bln jan lepas..hihih



Finally, anak bongsu aka princess kesayangan mama Maryam Azzulfa. Pejam celik dah 3 tahun dua bulan pon dia. Makin byk cakap sekarang dh leh buat ayat panjang. Tp suara tu masih ada lg pelat. Biar mama fefeeling dia baby lg kan..hihih. Dh tiga tahun ni br minat princess2x..hari2x kalau boleh nak pakai baju princess..hahhah..tp toys maintain toys yg ad. No Barbie kalini. Biarla dia main dengN keta, train, dinosaurs, set doctor dll yang ada tu 😆

Last but not least gbr famili la kan. Ni latest yg pLg proper, gbr time raya puasa dan jugak last vacation haritu ke Cameron Highland. Gbr raya haji tak amik pon. Balik kg je kunpul dengam family






Semoga berjumpa lg di kerajinan yg lain pulak..insyaAllah 🤭😆



Keluarga kesayanganku..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Elegant Rose - Working In Background
Blog Widget by LinkWithin
Copyright to StoRiEs Of Us
Designed by UMIESUEstudio 2016