Entry 2024


Assalamualaikum blog mama yang dah hampir berhabuk ditinggalkan πŸ˜…
Dekat setahun tak menulis kat sini..
So harini terasa nk short update tttg ahli keluarga yg masih bertujuh ni..hihi


Firstly perihal anak sulong mama si kakak Zara..tahun ni dah sweet 16. Masih belum masuk asrama lg..utk form 4, dpt kelas prinsip akaun as elektif, sekali dengan subjek ekonomi dan seni. Mak ayah amik sains, anak ke aliran seni nampaknya. Semoga berjaya utk spm tahun depan aminnn..gbr latest sume mama letak gbr time bday la senang kn. Thn ni akhirnya bday waktu raya so dptla celebrate di siang hari. Short  piknik tepi tasik Y kat batu pahat @ 11 April 2024


Anak kedua aka abg zareef tahun ni 13 tahun. Pon tk dpt sekolah asrama. Sekolah dia dekat dengan base je, tak sama dengan school kakak. Senang sikit dia leh gi sekolah naik basikal mama tk payah antar amik menghadap jem..hihi..gbr time bitrthday dia bulan feb lepas. Setakat form 1 ni mcm keciciran sikit dia . Study tk npk, aktif sukan x npk..hahahah..yg npk aktif main bola ngn kawan setiap hujung mgu je. Pagi pas subuh mesti lesap kadang smpai ke ptg..



Anak ketiga aka anak yang paling tengah si abang zayed dah masuk darjah 4. Ni pon sama dia mcm lost sket masuk tahap dua..hahahah. Maklumlah, subjek makin byk..matematik makin susah..dh byk latihan sukan kena attend. Persatuan dan unit beruniform pon dh mula. Masalah nya makin kuat maih game. Rasa dh selalu bebel tp mcm tak serik. Target nk dia khatam al-quran tahun ni harap smpatla dia habiskan nanti. Oh dh selamat berkhatan jugak cuti sekolah thn lepas. Alhamdulillah 🀭

 
Anak keempat aka Zaheen sekarang 6 tahun. Masih bersekolah yg sama dengan tahun lepas. Sekolah tadika bawah masjid tudm. Skang tgh mengaji iqra lagi dengan mama baru nak dekat habis iqra 5. Membaca bm pon mama ajar sendiri dh nak habis buku bacaan tu. English je belum start bebetul kat rumah. Next target InsyaAllah. Baru selesai gak uruskan pendaftaran drjah 1 dia. Wat masa ni daftar sek keb je, sek kafa mcm nk start darjah 2 nntiπŸ˜…. Lately rasa saiz dia dah makin membesar dh. Jauh beza ngn dlm gbr atas ni masa bday dia bln jan lepas..hihih



Finally, anak bongsu aka princess kesayangan mama Maryam Azzulfa. Pejam celik dah 3 tahun dua bulan pon dia. Makin byk cakap sekarang dh leh buat ayat panjang. Tp suara tu masih ada lg pelat. Biar mama fefeeling dia baby lg kan..hihih. Dh tiga tahun ni br minat princess2x..hari2x kalau boleh nak pakai baju princess..hahhah..tp toys maintain toys yg ad. No Barbie kalini. Biarla dia main dengN keta, train, dinosaurs, set doctor dll yang ada tu πŸ˜†

Last but not least gbr famili la kan. Ni latest yg pLg proper, gbr time raya puasa dan jugak last vacation haritu ke Cameron Highland. Gbr raya haji tak amik pon. Balik kg je kunpul dengam family






Semoga berjumpa lg di kerajinan yg lain pulak..insyaAllah πŸ€­πŸ˜†



Backdated entry| Maryam turns TWO

Salam semua..

Terabai lagi blog buat kesekian kalinya..hihi...skang upload gbr and citer dlm fb jela..IG tak berapa aktif..lain2x mmg takde..tapi tuhla..tepek jugakla sikit2x gambar Maryam dalam ni ya..bulan April lepas dah genap dua tahun..sekejap sgt rasa dia besar dah..baju bykkkk dh tk muat tp mama sayang lg nak letgo..sobsss


Maryam Azzulfa turn TWO year old..amik gambar kat tasik shah alam..kek beli kek rainbow SR je comei and sedap..tarikh bday 12 Apr 2023..bulan puasa masa ni
 
 



 

Ni gambar 12.05.23-Maryam dua tahun sebulan
 
12.06.23- Maryam dua tahun dua bulan

Gambar latest 12.07.23- Maryam dua tahun tiga bulan



Baju Maryam tiap bulan masih setia bertutu Bonds..mama masih addicted membeli sehelai setiap bulan..hihi..tu antara kegembiraan mama bila tgk koleksi tutu dia yang comei2x tu..hahaha..apepon, semoga Maryam terus membesar dengan sihat dan kuat..skang masih dlm fasa nak membina ayat lengkap..word tu banyak gak dh boleh sebut..pastu kuat merajuk masyaAllah,,tkleh salah laku or salah cakap nanti dia merajuk or wat perangai hantuk kepala..sobsss


February | Maryam 1yr 10mth

Assalamualaikun..

First entry for February..diam tak diam dah masuk pertengahan bulan alahai cepatnya lah kan πŸ˜…..nway, just to update in blog jugak..12 Feb 2023 maryam dah setahun sepuluh bulan..dua bulan je lagi nak dua tahun kenapala skjap sgt dh besar πŸ˜‚..so mama dh start berangan nk wat tema apa bday dia nnti..takde plan wat majlis pon tp nk jugakla tema utk amik gbr and potong kek bday kan..hihihi..

Skang dia suka bukak buku esp pasal animals..fav animals dia dan tentulah cat meow kan..eksited btol kalau npk kucing kat luar ke, kat tv ke, kat youtube ke..citer puss in boots2 dah berpuluh kali dia ulang tgk tak pernah bosan..hihi..tu kakak soh wat tema kucing tp mama tgh pikir lg 🀭..selain kucing, dia dh kenal dog, horse, gajah, fish, lion and few animals lain..tak sabar plak bk bwk dia gi zoo or aquaria..mesti dia suka kan πŸ₯°

Nway, mcm biasa kena la tepek gbr anak dara masa hari 12 feb aritu..dress by bonds..dh tk byk dh stok dress baru dia mklumla mama dh slow beli bonds sejak tk keja ni πŸ˜†

Riza Maryam Azzulfa, 1yr 10mth











Keluarga kesayanganku..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Elegant Rose - Working In Background
Blog Widget by LinkWithin
Copyright to StoRiEs Of Us
Designed by UMIESUEstudio 2016